
Suami maut ditikam isteri akibat selisih faham
Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang wanita menikam suaminya sehingga mati dalam kejadian di hadapan sebuah pangsapuri di kawasan Kajang, semalam.
Mon Feb 17 2025

Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Shah Alam.
Sat Feb 15 2025

Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.
Wed Feb 12 2025

Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Tue Feb 11 2025

Lelaki, teman wanita didakwa bunuh ibu kandung
Seorang lelaki dan teman wanitanya dihadapkan dituduh membunuh ibu kandungnya, dua minggu lepas.
Mon Feb 10 2025

Tahanan mati di Penjara Taiping: Polis rakam keterangan pegawai penjara, banduan
Polis setakat ini telah merakam keterangan dua pegawai Penjara Taiping serta 80 banduan berkaitan kes seorang banduan meninggal dunia dipercayai dipukul oleh warden penjara berkenaan.
Mon Jan 27 2025

Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan
Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang dekat sini semalam.
Sat Jan 11 2025

Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.
Fri Jan 10 2025

Mayat ditemui di Rawang dipercayai warga asing
Mayat yang ditemui tanpa dokumen pengenalan diri di tepi jalan kawasan hutan, Jalan Perkuburan, Bandar Country Homes, Rawang pada Khamis lalu dipercayai milik seorang wanita warga asing.
Fri Jan 10 2025

PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Fri Jan 10 2025

Kes bunuh pelajar vokasional: Mangsa dipaksa mengaku mencuri - Pegawai polis
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, yang ditemukan mati pada Mac lepas, dipaksa mengaku mencuri selepas dipukul.
Mon Dec 09 2024

Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh kedua arah ditinggalkan bersendirian bersama mangsa
Seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tertuduh kedua telah mengarahkan semua yang berada di bilik asrama 5 Belian keluar.
Wed Dec 04 2024

CPR bukan sebab kematian Zaharif - Pakar forensik
Mahkamah Tinggi diberitahu kecederaan yang terdapat pada badan Muhammad Zaharif Affendi bukan disebabkan oleh CPR yang diberikan kepada mangsa selepas perlanggaran pada 15 Dis tahun lepas.
Wed Dec 04 2024

Kes bunuh pelajar vokasional: Mangsa, tertuduh bergaduh satu lawan satu - Saksi
Saksi pendakwaan ke-16 berkata ketika pergaduhan itu, mangsa dan tertuduh ke-11 saling berbalas tumbukan dengan dikelilingi tertuduh pertama, keempat, kelima, keenam, kelapan, serta kesembilan.
Wed Dec 04 2024

Bunuh pelajar vokasional: Mangsa dipukul lebih daripada sekali
Seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa empat tertuduh kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, telah memukul mangsa lebih daripada sekali.
Mon Dec 02 2024